Program Wakaf Tunai dan Penyerahan Cek Cura Perkasa Kemudahan SRA Jenjarom

Program Wakaf Tunai dan Penyerahan Cek Cura Perkasa Kemudahan SRA Jenjarom

KUALA LANGAT, 9 Jun 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Program Penerangan Wakaf Tunai dan Majlis Penyerahan Cek Cura di Sekolah Rendah Agama (SRA) Jenjarom.

Dalam program tersebut, PWS menyalurkan Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM50,000 bagi membiayai kerja-kerja pendawaian elektrik baharu dan pemasangan jubin surau sekolah.

Turut diadakan sesi penerangan Wakaf Tunai yang memberi pendedahan mengenai peranan wakaf dalam pembangunan pendidikan, kebajikan dan kesejahteraan ummah.

No Comments

Post A Comment