KLANG, 11 Jun 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM45,000 kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Udang bagi meningkatkan kemudahan ibadah di sekolah tersebut.
Sumbangan itu digunakan untuk perolehan dan pemasangan karpet serta penyaman udara di surau sekolah demi mewujudkan persekitaran yang lebih selesa dan kondusif.
Program turut disertakan dengan sesi penerangan Wakaf Tunai bagi meningkatkan kefahaman warga sekolah mengenai peranan wakaf dalam pembangunan pendidikan dan kebajikan ummah.
No Comments