Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM50,000.00 kepada Surau Al-Falah, Taman Desa Kenanga 1, Semenyih bagi tujuan baik pulih bumbung surau.
Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PWS dalam memperkasa pembangunan institusi keagamaan serta memastikan kemudahan yang selesa dan kondusif dapat dinikmati oleh para jemaah.
Majlis penyerahan turut diserikan dengan Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Suffian Assauri mengenai kepentingan amalan kebajikan, keikhlasan beribadah dan peranan wakaf sebagai amal jariah yang berterusan.
No Comments