PWS Meriahkan Karnival Agensi Islam Selangor 2026 Zon 2, Perkasa Kesedaran Wakaf di Puncak Alam

PWS Meriahkan Karnival Agensi Islam Selangor 2026 Zon 2, Perkasa Kesedaran Wakaf di Puncak Alam

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyertai Karnival Agensi Islam Selangor 2026 (KAI.Sel 2026) Zon 2 yang berlangsung pada 3 hingga 5 Julai 2026 di Masjid Puncak Alam, Kuala Selangor.

Melalui penyertaan ini, PWS memperkukuh usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai wakaf menerusi pameran informasi, Podcast Sembang Wakaf “Dari Poket Ke Syurga”, serta penyediaan Bas Klinik Pergigian Bergerak Wakaf.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam mendekati masyarakat, memperkasa budaya berwakaf dan memperluaskan manfaat wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang mampan.

No Comments

Post A Comment