Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menerima kunjungan delegasi Kesultanan Oman sempena Program Lawatan Kerja dan Libat Urus bersama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bagi meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan projek wakaf berimpak tinggi.
Delegasi turut melawat beberapa projek wakaf berpotensi termasuk Saudagar Nanas Agrofarm dan Stesen Minyak Wakaf Sungai Merab sebagai contoh pembangunan aset wakaf secara produktif dan mampan.
Lawatan ini menjadi platform memperkukuh hubungan strategik, berkongsi amalan terbaik serta memperluaskan kerjasama antarabangsa dalam memperkasa ekosistem wakaf dan pembangunan ekonomi Islam.
No Comments