Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyertai Karnival Agensi Islam Selangor 2026 Zon 3 yang berlangsung pada 10 hingga 12 Julai 2026 di Masjid Jamek As Solihin, Kanchong Darat, Kuala Langat.
Penyertaan ini bertujuan memperkukuh kefahaman masyarakat mengenai institusi wakaf menerusi pameran, perkongsian ilmiah dan program interaktif.
Antara pengisian utama ialah Bicara Wakaf Siri 3 bertajuk “Biarpun Nafas Terhenti, Pahala Terus Mengalir” yang memberi pendedahan tentang kepentingan wakaf sebagai amalan jariah berterusan.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam menyemarakkan budaya berwakaf serta memperluaskan kesedaran masyarakat terhadap peranan wakaf dalam pembangunan ummah.
No Comments