Kunjungan Hormat PUMSEL Perkukuh Kerjasama Strategik Dakwah Wakaf Kontemporari

Kunjungan Hormat PUMSEL Perkukuh Kerjasama Strategik Dakwah Wakaf Kontemporari

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Ulama Malaysia Negeri Selangor (PUMSEL) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh agenda dakwah wakaf serta meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap konsep wakaf kontemporari.

Sesi libat urus yang berlangsung pada 13 Julai 2026 di Ibu Pejabat PWS, Shah Alam ini bertujuan mengeratkan hubungan antara kedua-dua organisasi serta meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan dan pengurusan wakaf yang lebih berkesan.

Delegasi PUMSEL diketuai oleh Dr. Rumaizi bin Ahmad bersama beberapa ahli jawatankuasa persatuan dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif PWS, YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar. Perbincangan memfokuskan kepada usaha memperkasa pendidikan serta kesedaran wakaf, pembangunan projek wakaf berimpak tinggi, pengurusan hartanah wakaf dan peluasan jaringan kerjasama strategik.

Kunjungan ini memperkukuh hubungan strategik antara PWS dan PUMSEL dalam usaha memperkasakan dakwah wakaf melalui pendekatan yang lebih dinamik, sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang mampan serta pemangkin kesejahteraan ekonomi dan sosial.

No Comments

Post A Comment