PWS Terima Kunjungan Hormat Hidayah Centre Foundation Perkukuh Dakwah Wakaf dan Pemerkasaan Mualaf

PWS Terima Kunjungan Hormat Hidayah Centre Foundation Perkukuh Dakwah Wakaf dan Pemerkasaan Mualaf

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menerima kunjungan hormat daripada Hidayah Centre Foundation (HCF) bagi membincangkan kerjasama strategik dalam memperkukuh agenda dakwah wakaf, memperluaskan kefahaman masyarakat terhadap Islam serta memperkasa pembangunan komuniti mualaf melalui inisiatif berasaskan wakaf.

Sesi libat urus yang berlangsung pada 13 Julai 2026 di Ibu Pejabat PWS, Shah Alam bertujuan mengeratkan hubungan strategik antara PWS dan HCF serta meneroka peluang kerjasama yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh.

Delegasi HCF diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Joannes Lukas bersama pegawai kanan HCF dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif PWS, YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar serta Pengurus Bahagian Korporat PWS, Encik Muhammad Hafiz bin Bahari. Perbincangan memberi fokus kepada usaha membudayakan perkongsian keindahan Islam, memperbetulkan salah faham terhadap ajaran Islam, memperkasa golongan mualaf serta memperluaskan manfaat wakaf melalui pendekatan dakwah kontemporari yang lebih inklusif dan berimpak tinggi.

Jalinan kerjasama ini diharap menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program dakwah dan pembangunan wakaf yang lebih mampan, sekali gus memperkukuh pembangunan sosioekonomi ummah serta memperluaskan manfaat wakaf kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk komuniti mualaf.

No Comments

Post A Comment