PWS Salurkan RM16,000 Wakaf Fisabilillah kepada SRA Sungai Buah

PWS Salurkan RM16,000 Wakaf Fisabilillah kepada SRA Sungai Buah

DENGKIL, 15 Julai 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM16,000 kepada SRA Sungai Buah, Dengkil bagi menaik taraf kemudahan bilik darjah demi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PWS dalam memperkukuh pembangunan institusi pendidikan Islam menerusi dana wakaf. Penyaluran sumbangan ini mencerminkan komitmen PWS dalam memastikan manfaat wakaf terus dirasai oleh institusi pendidikan dan masyarakat.

Sebanyak RM16,000 telah diperuntukkan bagi pemasangan penyaman udara serta kerja-kerja naik taraf bilik darjah di SRA Sungai Buah, Dengkil.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif Bahagian Korporat, Perbadanan Wakaf Selangor.

PWS turut mengadakan sesi taklimat wakaf kepada para guru bagi memberikan penerangan mengenai konsep wakaf kontemporari, peranan wakaf dalam pembangunan pendidikan serta kepentingannya sebagai instrumen pembangunan ummah. Para guru juga diberi peluang untuk menyertai inisiatif wakaf yang disediakan oleh PWS sebagai usaha membudayakan amalan wakaf dalam kalangan warga pendidik.

Melalui sumbangan ini, PWS berharap kemudahan pembelajaran di SRA Sungai Buah dapat dipertingkatkan sekali gus memberikan keselesaan kepada guru dan murid. Program ini turut menyumbang kepada peningkatan kesedaran masyarakat terhadap peranan wakaf dalam memperkasakan pendidikan Islam.

No Comments

Post A Comment