Wakaf Fisabilillah RM50,000 Perkasa Pusat Sumber dan Bilik Pandang Dengar SAMT Sultan Hisamuddin

Wakaf Fisabilillah RM50,000 Perkasa Pusat Sumber dan Bilik Pandang Dengar SAMT Sultan Hisamuddin

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM50,000 kepada SAMT Sultan Hisamuddin, Kampung Jawa, Klang bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih pusat sumber serta bilik pandang dengar demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

Penyaluran sumbangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen PWS dalam memperkasakan pembangunan pendidikan menerusi dana Wakaf Fisabilillah. Inisiatif ini bertujuan membantu institusi pendidikan meningkatkan kemudahan yang menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

Dana Wakaf Fisabilillah dimanfaatkan bagi kerja-kerja baik pulih pusat sumber dan bilik pandang dengar sekolah. Selain penyerahan sumbangan, PWS turut mengadakan sesi taklimat wakaf kepada para guru bagi meningkatkan kefahaman mengenai konsep, kepentingan serta peranan wakaf dalam pembangunan ummah.

Penambahbaikan kemudahan pembelajaran dijangka memberi manfaat kepada warga sekolah dengan menyediakan ruang yang lebih selesa, kondusif dan sesuai untuk aktiviti pembelajaran. Sesi taklimat wakaf pula diharap dapat menyemarakkan budaya berwakaf dalam kalangan warga pendidik.

No Comments

Post A Comment