Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyalurkan RM28,000 dana Wakaf Fisabilillah kepada SRA Olak Lempit, Banting bagi menaik taraf bilik mesyuarat dan bilik guru dalam usaha meningkatkan keselesaan serta kecekapan pengurusan sekolah.
Penyaluran ini merupakan sebahagian daripada inisiatif PWS memperkukuh sektor pendidikan melalui pembangunan kemudahan institusi pendidikan di Selangor.
Sumbangan digunakan bagi menaik taraf bilik mesyuarat dan bilik guru supaya dapat menyediakan ruang kerja yang lebih selesa dan kondusif. Pada masa yang sama, PWS turut menyampaikan taklimat wakaf kepada para guru sebagai usaha memperkukuh kefahaman mengenai amalan wakaf.
Kemudahan yang lebih baik akan menyokong kelancaran urusan pentadbiran sekolah serta meningkatkan keselesaan warga pendidik. Taklimat wakaf turut membuka ruang kepada guru untuk memahami peranan wakaf dalam pembangunan pendidikan dan masyarakat.
No Comments