RM50,000 Wakaf Fisabilillah Disalur kepada KAFA Integrasi Al-Humaira’ untuk Naik Taraf Dewan Sekolah

RM50,000 Wakaf Fisabilillah Disalur kepada KAFA Integrasi Al-Humaira’ untuk Naik Taraf Dewan Sekolah

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah sebanyak RM50,000 kepada KAFA Integrasi Al-Humaira’, Taman Nakhoda, Gombak bagi menaik taraf dewan sekolah.

Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperkasa pembangunan pendidikan menerusi pengurusan dana wakaf yang berimpak tinggi.

Dana yang disalurkan akan digunakan bagi menaik taraf dewan sekolah untuk kegunaan pelbagai aktiviti pendidikan dan pembangunan sahsiah murid. Program turut disertai dengan sesi taklimat wakaf kepada para guru mengenai konsep dan kepentingan wakaf.

Kemudahan dewan yang lebih baik akan memberi manfaat kepada murid serta warga sekolah dalam pelaksanaan pelbagai program pendidikan. Pendedahan mengenai wakaf pula diharap dapat menyemarakkan budaya berwakaf dalam kalangan pendidik.

No Comments

Post A Comment