PWS Perkukuh Jalinan Strategik Bersama MK Land Holdings Berhad Perkasa Agenda Wakaf Korporat

PWS Perkukuh Jalinan Strategik Bersama MK Land Holdings Berhad Perkasa Agenda Wakaf Korporat

PETALING JAYA, 27 Julai 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) mengadakan kunjungan hormat ke MK Land Holdings Berhad sebagai langkah memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama dalam memperkasakan agenda wakaf korporat di Selangor. Kunjungan ini memberi fokus kepada pembangunan inisiatif wakaf kakitangan, pengukuhan wakaf korporat dan pelaksanaan projek-projek wakaf yang mampan demi kesejahteraan masyarakat.

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperluaskan jaringan kerjasama strategik dengan sektor korporat bagi memperkukuh pembangunan ekosistem wakaf di negeri Selangor. Selaras dengan usaha tersebut, satu kunjungan hormat telah diadakan ke MK Land Holdings Berhad bagi membincangkan potensi kolaborasi yang mampu menyokong pelaksanaan inisiatif wakaf secara lebih berkesan dan berimpak tinggi.

Delegasi PWS diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Haji Syed Mohamed Tahir, Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), bersama YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, serta Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.

Kunjungan hormat ini menjadi platform perbincangan strategik antara kedua-dua organisasi dalam mengenal pasti ruang kerjasama yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat melalui instrumen wakaf.

Antara fokus utama perbincangan ialah:

  • Pelaksanaan inisiatif Wakaf Kakitangan MK Land Holdings Berhad.
  • Pengukuhan pelaksanaan wakaf korporat sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial organisasi.
  • Penerokaan peluang kerjasama dalam pembangunan dan pelaksanaan projek-projek wakaf yang berimpak tinggi serta mampan.
  • Perkongsian pandangan mengenai peranan sektor korporat dalam memperluaskan penyertaan masyarakat terhadap agenda wakaf

 

Jalinan strategik antara PWS dan MK Land Holdings Berhad dijangka membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam memperkukuh pembangunan wakaf di Selangor. Penglibatan sektor korporat diyakini mampu meningkatkan penyertaan masyarakat dalam amalan berwakaf, sekali gus menyokong pembangunan ummah secara berterusan melalui pelaksanaan projek-projek yang memberi manfaat jangka panjang.

PWS komited untuk terus memperluaskan kerjasama bersama rakan-rakan strategik daripada pelbagai sektor dalam usaha memperkasa ekosistem wakaf sebagai instrumen pembangunan sosial dan ekonomi yang mampan.

No Comments

Post A Comment