PWS Salur RM45,000 Wakaf Fisabilillah bagi Menaik Taraf Musolla SRA Dato’ Ahmad Razali, Dengkil

PWS Salur RM45,000 Wakaf Fisabilillah bagi Menaik Taraf Musolla SRA Dato’ Ahmad Razali, Dengkil

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM45,000 kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) Dato’ Ahmad Razali, Dengkil bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf musolla sekolah. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan keselesaan dan kemudahan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti ibadah.

Penyaluran sumbangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen PWS dalam memperkasakan institusi pendidikan agama menerusi manfaat wakaf. Ia mencerminkan usaha berterusan PWS memastikan hasil wakaf disalurkan kepada projek yang memberi impak langsung kepada masyarakat.

Sumbangan disampaikan kepada pihak pengurusan sekolah bagi membiayai kerja-kerja menaik taraf musolla. Turut diadakan sesi taklimat wakaf kepada guru dan warga sekolah bagi meningkatkan kefahaman mengenai konsep, kepentingan serta peluang berwakaf sebagai amalan berterusan.

Pelaksanaan projek ini dijangka menyediakan ruang ibadah yang lebih selesa dan kondusif kepada murid serta warga sekolah, sekali gus menyokong pembentukan sahsiah dan penghayatan nilai-nilai Islam di peringkat pendidikan.

No Comments

Post A Comment