Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM48,000 kepada SRA Dengkil bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan menaik taraf bangunan sekolah.
Sebagai institusi yang mengurus dan membangunkan wakaf di Selangor, PWS sentiasa memastikan dana wakaf dimanfaatkan untuk meningkatkan kemudahan pendidikan demi kesejahteraan masyarakat.
Peruntukan yang disalurkan akan digunakan bagi membaik pulih serta menaik taraf kemudahan bangunan sekolah. Selain penyerahan sumbangan, PWS turut mengadakan taklimat wakaf kepada warga sekolah bagi memperkukuh kesedaran tentang kepentingan wakaf dalam pembangunan ummah.
Projek ini dijangka mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, selesa dan kondusif, sekali gus menyokong proses pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan.
No Comments