Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM30,000 kepada SRA Paya Jaras, Sungai Buloh bagi pembelian kerusi plastik dan karpet surau.
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada usaha PWS memperkasakan institusi pendidikan agama melalui penyediaan kemudahan yang lebih baik bagi menyokong aktiviti pembelajaran dan ibadah.
Dana wakaf digunakan bagi penyediaan kerusi plastik dan karpet baharu untuk surau sekolah. Dalam program yang sama, PWS turut menyampaikan taklimat wakaf kepada guru dan warga sekolah bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan amalan wakaf.
Kemudahan yang disediakan akan memberi keselesaan kepada murid dan warga sekolah ketika melaksanakan aktiviti keagamaan, pembelajaran serta program kerohanian di surau sekolah.
No Comments