Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM18,000 kepada Masjid Al-Hidayah, Telok Panglima Garang bagi menaik taraf van jenazah untuk kegunaan masyarakat setempat.
Penyaluran manfaat wakaf ini membuktikan komitmen PWS dalam memperkukuh kemudahan institusi masjid agar terus berperanan sebagai pusat ibadah, kebajikan dan khidmat kepada masyarakat.
Sumbangan disalurkan bagi kerja-kerja menaik taraf van jenazah untuk meningkatkan keupayaan pengurusan jenazah. Program turut diserikan dengan Kuliah Maghrib khas yang memberi pengisian ilmu kepada para jemaah serta memperkenalkan peranan wakaf dalam pembangunan ummah.
Naik taraf van jenazah dijangka meningkatkan mutu perkhidmatan pengurusan jenazah kepada masyarakat setempat, manakala Kuliah Maghrib memperkukuh kefahaman jemaah mengenai kepentingan amalan wakaf sebagai ibadah yang manfaatnya berterusan.
No Comments