Kunjungan hormat ini merupakan sebahagian daripada usaha PWS memperluaskan jaringan strategik bersama sektor korporat dalam membangunkan wakaf sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi yang mampan.
Penglibatan korporat secara lebih tersusun diyakini mampu memperkukuh ekosistem wakaf, di samping memperluaskan pelaksanaan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi impak jangka panjang kepada masyarakat.
Delegasi PWS diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin, Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor, bersama YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, dan Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.
Delegasi PWS telah disambut oleh YBhg. Dato’ Nazrul Mansor, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MMC Corporation Berhad.
Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada potensi kolaborasi strategik, khususnya dalam memperluaskan pelaksanaan Wakaf Tunai Korporat, mekanisme potongan gaji kakitangan serta penyertaan MMC Corporation Berhad dalam projek-projek wakaf berimpak tinggi.
Kerjasama strategik antara PWS dan sektor korporat berpotensi memperluaskan penyertaan masyarakat dalam agenda wakaf serta meningkatkan sumber pembiayaan bagi pelaksanaan projek wakaf yang memberi manfaat berterusan.
Inisiatif ini juga menyokong usaha memperkukuh peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi ummah, di samping mempertingkatkan impak CSR korporat secara lebih mampan dan berstruktur.
No Comments