SMK Andalas Terima RM23,000 Wakaf Fisabilillah Bagi Penambahbaikan Kemudahan Kelas

SMK Andalas Terima RM23,000 Wakaf Fisabilillah Bagi Penambahbaikan Kemudahan Kelas

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM23,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Andalas, Klang bagi menyokong keperluan penambahbaikan kemudahan bilik darjah.

PWS sentiasa komited memastikan manfaat wakaf dapat disalurkan kepada sektor pendidikan secara berkesan, khususnya dalam membantu institusi memenuhi keperluan prasarana dan kemudahan pembelajaran.

Penyaluran sumbangan kepada SMK Andalas merupakan manifestasi usaha memperluas manfaat wakaf kepada institusi pendidikan serta menyokong penyediaan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa.

Sebanyak RM23,000 disalurkan kepada SMK Andalas Klang bagi tujuan pembelian pintu kelas dan softboard.

PWS turut mengadakan taklimat dan penerangan mengenai wakaf kepada pihak pengurusan, guru serta warga institusi. Program penerangan ini memberi pendedahan mengenai konsep wakaf dan kepentingannya sebagai instrumen kebajikan yang memberikan manfaat secara berterusan.

Sumbangan ini dapat membantu pihak sekolah meningkatkan kemudahan bilik darjah mengikut keperluan semasa, sekali gus menyokong penyediaan suasana pembelajaran yang lebih teratur dan kondusif.

Inisiatif ini turut memperlihatkan peranan wakaf dalam menyokong pembangunan pendidikan dan kebajikan masyarakat secara berterusan.

“Biarpun nafas terhenti, pahala terus mengalir.”

No Comments

Post A Comment