PWS Salur Sumbangan Wakaf Fisabilillah RM50,000 kepada Surau As-Syakirin, Taman Kajang Prima

PWS Salur Sumbangan Wakaf Fisabilillah RM50,000 kepada Surau As-Syakirin, Taman Kajang Prima

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM50,000 kepada Surau As-Syakirin, Taman Kajang Prima bagi menyokong pembinaan Dewan Makan Surau As-Syakirin. Sumbangan tersebut disampaikan bersempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M dan Perasmian Penggunaan Dewan As-Syakirin.

Sumbangan Wakaf Fisabilillah ini merupakan antara inisiatif PWS dalam menyalurkan manfaat wakaf kepada institusi keagamaan dan komuniti setempat.

Dana tersebut diperuntukkan bagi tujuan pembinaan Dewan Makan Surau As-Syakirin yang dapat dimanfaatkan bagi pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.

Penyerahan cek cura sumbangan berjumlah RM50,000 telah disempurnakan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar yang mewakili PWS.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh YB Tuan Syahredzan bin Johan, Ahli Parlimen Bangi, yang seterusnya menyempurnakan perasmian penggunaan Dewan As-Syakirin.

Selain penyerahan sumbangan, majlis turut diserikan dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar. Pengisian tersebut merupakan sebahagian daripada usaha PWS untuk memperluas kefahaman masyarakat mengenai ibadah wakaf serta menggalakkan pembudayaan amalan wakaf dalam kehidupan.

Sumbangan Wakaf Fisabilillah ini dijangka memberi manfaat kepada pihak Surau As-Syakirin serta masyarakat setempat melalui penyediaan kemudahan yang boleh digunakan untuk aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Pada masa yang sama, penyaluran manfaat wakaf ini mencerminkan peranan wakaf dalam menyokong pembangunan kemudahan komuniti serta menjadi amal jariah berpanjangan kepada para pewakaf yang menyumbang melalui PWS.

Masyarakat boleh melaksanakan wakaf tunai menerusi saluran rasmi PWS melalui Wakaf Selangor Online dan Aplikasi Wakaf Selangor.

No Comments

Post A Comment