Masjid Nurul Ehsan Terima RM13,740.50 Agihan Tabung Wakaf daripada PWS

Masjid Nurul Ehsan Terima RM13,740.50 Agihan Tabung Wakaf daripada PWS

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyalurkan Agihan Tabung Wakaf berjumlah RM13,740.50 kepada Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya bagi tujuan penggantian kipas siling.

Agihan tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan RM60,740.50 sumbangan wakaf yang disalurkan kepada tiga institusi masjid bagi menyokong keperluan penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur.

Agihan Tabung Wakaf merupakan salah satu bentuk manfaat wakaf yang disalurkan kepada institusi masjid berdasarkan keperluan setempat.

Bagi Masjid Nurul Ehsan, agihan ini dimanfaatkan untuk meningkatkan kemudahan pengudaraan dan keselesaan jemaah melalui penggantian kipas siling.

Agihan ini merupakan 50 peratus daripada kutipan Tabung Wakaf Tunai yang ditempatkan di masjid berkenaan dan diagihkan semula bagi memenuhi keperluan serta memberikan manfaat kepada institusi tersebut.

Penggantian kipas siling dijangka dapat meningkatkan keselesaan jemaah ketika menggunakan ruang solat dan kemudahan masjid.

Penyaluran ini turut memperlihatkan manfaat langsung wakaf tunai yang dikumpulkan melalui institusi masjid untuk disalurkan semula kepada keperluan dan kepentingan komuniti setempat.

No Comments

Post A Comment