Bicara Wakaf Bersama Warga Majlis Perbandaran Sepang Perkukuh Kefahaman Wakaf

Bicara Wakaf Bersama Warga Majlis Perbandaran Sepang Perkukuh Kefahaman Wakaf

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menganjurkan program Bicara Wakaf bersama warga Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) bagi meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan wakaf sebagai amal jariah yang memberikan manfaat berterusan.

Program bertemakan “Biarpun Nafas Terhenti, Pahala Terus Mengalir” menampilkan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sebagai panel jemputan.

Program ini merupakan salah satu usaha PWS dalam memperluas kesedaran masyarakat terhadap konsep dan manfaat wakaf, khususnya dalam aspek perancangan harta untuk manfaat ummah serta sebagai bekalan amal untuk kehidupan akhirat.

Penganjuran bersama warga MPSepang turut menjadi platform untuk menyampaikan informasi berkaitan wakaf secara lebih dekat dan berfokus kepada warga organisasi.

Sesi Bicara Wakaf dikendalikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat, Perbadanan Wakaf Selangor.

Perkongsian yang disampaikan memberi penekanan terhadap kelebihan wakaf sebagai amal jariah yang manfaatnya terus berkembang, di samping meningkatkan kefahaman peserta mengenai kepentingan merancang dan mengurus harta agar dapat dimanfaatkan untuk kepentingan ummah.

Selain sesi perkongsian, kaunter wakaf turut disediakan bagi memberi peluang kepada warga MPSepang mendapatkan maklumat lanjut berkaitan wakaf serta melaksanakan ibadah wakaf tunai.

Program ini menjadi wadah pengukuhan ilmu dan kesedaran dalam kalangan warga MPSepang mengenai peranan wakaf dalam pembangunan ummah. Pada masa yang sama, penyediaan kaunter wakaf memberikan akses secara langsung kepada peserta untuk mendapatkan maklumat dan melazimi amalan wakaf.

PWS terus komited memperluas usaha pendidikan dan kesedaran wakaf kepada pelbagai lapisan masyarakat melalui program penerangan, perkongsian ilmu serta saluran wakaf yang rasmi.

Orang ramai boleh melaksanakan wakaf tunai melalui saluran rasmi Perbadanan Wakaf Selangor:

Perbadanan Wakaf Selangor — Wakaf Membangunkan Ummah.

No Comments

Post A Comment