PWS Adakan Kunjungan Hormat ke PHB Asset Management Berhad, Teroka Kerjasama Strategik Wakaf Korporat

PWS Adakan Kunjungan Hormat ke PHB Asset Management Berhad, Teroka Kerjasama Strategik Wakaf Korporat

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan hormat ke PHB Asset Management Berhad pada 12 Oktober 2026 bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam pembangunan wakaf, pelaburan hartanah dan pelaksanaan inisiatif wakaf korporat.

Kunjungan ini merupakan usaha PWS untuk memperkukuh jaringan kerjasama dengan sektor korporat dalam memperluas potensi wakaf sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi ummah.

Delegasi PWS diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, bersama Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat, dan Encik Mohd Hafiz Ismail, Pengurus Bahagian Kewangan PWS.

Ketibaan delegasi PWS telah disambut oleh Tuan Haji Zulkifli Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif PHB Asset Management Berhad.

Pertemuan tersebut menjadi platform kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta meneroka peluang kolaborasi dalam bidang pelaburan hartanah dan pengukuhan inisiatif wakaf korporat.

Antara perkara yang dibincangkan ialah potensi pelaksanaan skim potongan gaji bagi membolehkan warga PHB menyertai ibadah wakaf secara konsisten, terancang dan berterusan.

Inisiatif ini berpotensi menjadi mekanisme bagi memudahkan penyertaan warga korporat dalam amalan berwakaf, sekali gus memperluas penglibatan sektor korporat dalam pembangunan wakaf.

Kerjasama strategik yang diteroka melalui kunjungan ini diharap dapat membuka ruang kepada pelaksanaan inisiatif wakaf korporat yang lebih tersusun dan mampan.

Selain memperluas penyertaan warga korporat dalam amalan berwakaf, usaha ini turut berpotensi memperkukuh hubungan antara institusi wakaf dengan sektor korporat serta meningkatkan sumbangan wakaf kepada pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

PWS komited untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak bagi mengembangkan potensi wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah.

No Comments

Post A Comment