PWS Serah Agihan Semula Wakaf Tunai Korporat Berjumlah RM53,272 kepada TERAS

PWS Serah Agihan Semula Wakaf Tunai Korporat Berjumlah RM53,272 kepada TERAS

KLANG, 14 Oktober 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan agihan semula sumbangan wakaf tunai korporat berjumlah RM53,272.00 kepada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS), bersamaan 33 peratus daripada keseluruhan sumbangan wakaf tunai korporat yang telah disalurkan oleh TERAS kepada PWS.

Penyerahan agihan semula ini merupakan sebahagian daripada komitmen PWS dalam memastikan manfaat wakaf dapat disalurkan kembali kepada penyumbang melalui pelaksanaan inisiatif yang memberi nilai tambah kepada pembangunan sosioekonomi ummah.

Dana berkenaan akan dimanfaatkan bagi pembelian sebuah van untuk kegunaan operasi TERAS, sekali gus membantu meningkatkan keupayaan operasi syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab serta memperluas manfaat kepada golong

TERAS merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi asnaf.

Sebagai rakan korporat PWS, TERAS secara konsisten menyalurkan sumbangan wakaf tunai korporat setiap tahun bagi menyokong usaha memperkasa institusi wakaf serta meningkatkan kesejahteraan ummah.

Inisiatif agihan semula ini mencerminkan pendekatan wakaf yang bukan sahaja menghimpunkan sumbangan, malah memastikan manfaatnya dapat dikembalikan kepada pihak yang memerlukan melalui pelaksanaan projek dan penyediaan kemudahan yang memberi impak kepada masyarakat.

Penyerahan cek cura berjumlah RM53,272.00 telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, kepada Encik Hasnul Redza bin Abd Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif TERAS.

Agihan semula tersebut mewakili 33 peratus daripada sumbangan wakaf tunai korporat TERAS kepada PWS dan akan digunakan bagi tujuan pembelian van untuk kegunaan operasi TERAS.

Kemudahan ini dijangka dapat membantu memperkukuh keupayaan operasi syarikat, khususnya dalam melaksanakan program dan aktiviti berkaitan pembangunan ekonomi asnaf.

Pelaksanaan agihan semula wakaf tunai korporat ini memberikan nilai tambah kepada kerjasama strategik antara PWS dan TERAS melalui manfaat wakaf yang dapat diterjemahkan kepada penyediaan kemudahan operasi.

Inisiatif ini turut memperlihatkan peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi yang mampan, di samping menyokong usaha memperkasa institusi dan meningkatkan kesejahteraan golongan sasaran.

PWS merakamkan penghargaan kepada TERAS atas komitmen berterusan dalam menyokong agenda wakaf di Selangor. Diharapkan kerjasama strategik ini akan terus diperkukuh demi memperluas manfaat wakaf kepada masyarakat.

No Comments

Post A Comment