KLANG, 23 Oktober 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus menyemarakkan manfaat wakaf menerusi penyaluran sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM16,200 kepada Masjid Kampung Perepat, Kapar, Klang.
Sumbangan tersebut bertujuan membiayai pembelian tiga (3) unit penyaman udara jenis berdiri bagi meningkatkan keselesaan jemaah serta menyokong kemudahan pengimarahan masjid.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen PWS dalam memastikan manfaat wakaf terus dirasai masyarakat, khususnya melalui penambahbaikan kemudahan institusi keagamaan.
No Comments