PWS SEMARAKKAN KESEDARAN BERWAKAF MENERUSI TAZKIRAH JUMAAT DI MASJID KAMPUNG PEREPAT

PWS SEMARAKKAN KESEDARAN BERWAKAF MENERUSI TAZKIRAH JUMAAT DI MASJID KAMPUNG PEREPAT

KLANG, 23 Oktober 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus mempergiat usaha menyebarluaskan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan wakaf menerusi pengisian Tazkirah Jumaat di Masjid Kampung Perepat, Kapar, Klang.

Tazkirah tersebut disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS, dengan mengetengahkan kelebihan serta kepentingan amalan berwakaf sebagai salah satu instrumen kebajikan yang memberi manfaat berpanjangan.

Pengisian ini diharap dapat menyemai kesedaran dan menggalakkan lebih ramai masyarakat menjadikan wakaf sebagai amalan berterusan dalam menyumbang kepada pembangunan ummah.

Wakaf, Amal Jariah Sepanjang Zaman.

No Comments

Post A Comment