KLANG, 23 Oktober 2026 – Usaha mendekatkan masyarakat dengan amalan berwakaf terus diperkasakan oleh Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menerusi pembukaan kaunter wakaf di Masjid Kampung Perepat, Kapar, Klang.
Pembukaan kaunter ini memberi peluang kepada para jemaah mendapatkan maklumat berkaitan inisiatif wakaf PWS, selain memahami kaedah penyertaan dan menunaikan sumbangan wakaf secara terus.
Inisiatif turun padang ini merupakan antara pendekatan PWS dalam memperluas capaian perkhidmatan serta menyemai budaya berwakaf dalam kalangan masyarakat.
Melalui pendekatan mesra komuniti, PWS berharap lebih ramai masyarakat tampil bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan ummah menerusi wakaf.
No Comments