PWS Lantik MBSJ sebagai Ejen Kutipan Wakaf, Perkukuh Jaringan Kerjasama Strategik

PWS Lantik MBSJ sebagai Ejen Kutipan Wakaf, Perkukuh Jaringan Kerjasama Strategik

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik apabila Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dilantik sebagai Ejen Kutipan Wakaf PWS. Pelantikan ini merupakan inisiatif bagi memperluas saluran kutipan wakaf serta meningkatkan penyertaan warga kerja MBSJ dan masyarakat setempat dalam membudayakan amalan berwakaf.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan MBSJ sebagai Ejen Kutipan Wakaf PWS telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Kenanga, MBSJ, Subang Jaya.

Watikah pelantikan tersebut disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi PWS, dan diterima oleh YBhg. Dato’ Haji Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar MBSJ.

Pelantikan ini mencerminkan komitmen kedua-dua institusi dalam memperluas akses masyarakat terhadap saluran kutipan wakaf yang lebih mudah dan sistematik.

Majlis penyerahan watikah menjadi simbolik kepada pemeteraian kerjasama strategik antara PWS dan MBSJ dalam memperkasa pengurusan serta kutipan wakaf.

Melalui pelantikan ini, MBSJ berperanan sebagai salah satu saluran kutipan wakaf PWS bagi menggalakkan warga kerja pihak berkuasa tempatan tersebut dan masyarakat sekitar menyertai amalan berwakaf secara berterusan.

Kerjasama ini dijangka dapat memperluas jaringan kutipan wakaf, meningkatkan kesedaran masyarakat serta memperkukuh penyertaan pelbagai pihak dalam pembangunan institusi wakaf di Negeri Selangor.

PWS merakamkan penghargaan kepada MBSJ atas komitmen dan kesediaan menjalin kerjasama dalam usaha memperkasa ekosistem wakaf demi kesejahteraan ummah.

Wakaf anda, manfaat berpanjangan untuk ummah.

No Comments

Post A Comment