Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus mempergiat usaha menyemarakkan budaya berwakaf dalam kalangan masyarakat menerusi penganjuran Kuliah Subuh Khas di Masjid Bandar Saujana Putra, Kuala Langat pada 31 Oktober 2026.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan PWS untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan wakaf sebagai amalan kebajikan yang memberikan manfaat berpanjangan kepada umat Islam.
Melalui pendekatan dakwah di institusi masjid, PWS berusaha mendekati masyarakat secara langsung bagi menyampaikan maklumat serta menyuburkan penghayatan terhadap ibadah wakaf.
Kuliah Subuh Khas yang berlangsung di Masjid Bandar Saujana Putra telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS.
Menerusi tajuk perkongsian “Biarpun Nafas Terhenti, Jariah Tetap Mengalir”, para jemaah diberikan pengisian mengenai kepentingan wakaf sebagai amal jariah yang pahalanya berterusan meskipun seseorang telah meninggal dunia.
Perkongsian ini turut menekankan peranan wakaf dalam menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan ummah.
Penganjuran kuliah ini menjadi medium pendidikan dan kesedaran bagi menggalakkan masyarakat menjadikan wakaf sebagai amalan kebajikan berterusan dalam kehidupan seharian.
Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen PWS dalam memperluas penyampaian dakwah wakaf melalui kerjasama dengan institusi masjid serta komuniti setempat.
PWS merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan Masjid Bandar Saujana Putra dan seluruh jemaah atas kerjasama serta sambutan yang diberikan.
Biarpun nafas terhenti, pahala jariah terus mengalir.
Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)
#PerbadananWakafSelangor #PWS #WakafSelangor #KuliahSubuhKhas #MasjidBandarSaujanaPutra #KualaLangat #JomBerwakaf #AmalJariah
No Comments