Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah merasmikan Majlis Apresiasi Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Udang, Klang, selain menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM45,000 bagi menyokong pembangunan kemudahan sekolah. Sumbangan tersebut diperuntukkan untuk pembinaan ruang berbumbung demi meningkatkan keselesaan warga sekolah.
Majlis Apresiasi Tahun 6 SK Sungai Udang merupakan program penghargaan bagi meraikan pencapaian, kecemerlangan dan potensi murid-murid, khususnya dalam bidang akademik serta pembentukan sahsiah. PWS telah dijemput untuk menyempurnakan perasmian majlis sebagai tanda sokongan terhadap usaha pihak sekolah dalam menghargai murid dan membina generasi masa hadapan.
Majlis telah dirasmikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS, yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PWS. Program berlangsung di Dewan Wawasan, SK Sungai Udang, Klang.
Dalam majlis yang sama, PWS turut menyampaikan sumbangan Wakaf Fisabilillah sebanyak RM45,000.00 kepada pihak sekolah. Sumbangan tersebut bertujuan membiayai pembinaan ruang berbumbung bagi menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan kondusif kepada warga sekolah.
Sumbangan wakaf ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperluas manfaat wakaf kepada sektor pendidikan, khususnya melalui penyediaan dan penambahbaikan prasarana sekolah.
Pembinaan ruang berbumbung dijangka dapat meningkatkan keselesaan warga sekolah serta menyokong aktiviti pembelajaran dan program sekolah dalam persekitaran yang lebih kondusif. Inisiatif ini juga memperkukuh peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan sosial yang memberikan manfaat berpanjangan kepada masyarakat dan generasi akan datang.
PWS turut merakamkan penghargaan kepada pihak pentadbiran SK Sungai Udang atas jemputan dan kerjasama yang diberikan serta mengucapkan tahniah kepada semua murid Tahun 6 yang diraikan atas pencapaian masing-masing.
Semoga sumbangan wakaf ini menjadi amal jariah yang berkekalan dan memberikan manfaat berpanjangan kepada warga sekolah serta generasi akan datang.
Wakaf anda, manfaat berpanjangan untuk ummah.
Orang ramai boleh menunaikan wakaf tunai melalui saluran rasmi PWS:
No Comments