MAJLIS MEET AND GREET MEDIA BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PWS

MAJLIS MEET AND GREET MEDIA BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PWS

30 Disember 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Majlis Meet and Greet Media bersama YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS bertempat di Restoran Uncle K, SACC Mall hari ini.

Majlis yang diadakan ini adalah sempena menghargai dan menyantuni rakan media yang sentiasa bekerjasama dalam menyebarluaskan Wakaf di Negeri Selangor.

Selain itu, YBrs. Tuan Haji Anuar juga turut mengadakan Sidang Media (Press Conference) bagi memberi maklumat terkini berkenaan kutipan wakaf, pembangunan hartanah wakaf, manfaat wakaf dan sumbangan wakaf Fisabilillah yang telah dicapai oleh PWS pada tahun 2024 yang bakal melabuhkan tirai dan sasaran bagi tahun 2025 akan datang.

Semoga dengan adanya majlis seperti ini dapat menyebarluaskan lagi kepada masyarakat  untuk melaksanakan ibadah wakaf yang merupakan sunnah Baginda Nabi Muhammad S.A.W

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#meetandgreetmedia

 

No Comments

Post A Comment