PWS MENGIRINGI PENGERUSI MAIS DALAM RUANG RANGKA LAWATAN KE KOMPLES ISLAM DAERAH GOMBAK

PWS MENGIRINGI PENGERUSI MAIS DALAM RUANG RANGKA LAWATAN KE KOMPLES ISLAM DAERAH GOMBAK

7 Mei 2025, Gombak  – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bersama mengiringi Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin dalam Program Turun Padang untuk mengadakan lawatan ke Kompleks Islam Daerah Gombak.

Program turun padang selama sehari ini dimulakan dengan lawatan ke Kompleks Agama Islam Daerah Gombak yang melibatkan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak dan Unit Mal MAIS, Bangunan Mahkamah Syariah Daerah Gombak, Masjid Nurul Iman Rawang Batu 18, Masjid Kampung Nakhoda Gombak dan Maahad Tahfiz di Gombak .

Antara pengisian dalam lawatan ialah perkongsian taklimat ringkas pentadbiran dan situasi semasa di PAID Gombak, Masjid Nurul Iman Rawang dan Maahad tahfiz yang terlibat.

Turut serta pada lawatan tersebut ialah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS,  AF Ustaz Mohamed Tahir bin Abd. Manap, Pegawai Tadbir Agama PAID Gombak, barisan pengurusan tertinggi MAIS dan barisan pengurusan tertinggi Kompleks Islam Daerah Gombak.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakafmembangunkanummah

#mais

 

No Comments

Post A Comment