8 Mei 2025, Hulu Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bersama mengiringi Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin dalam Program Turun Padang untuk mengadakan lawatan ke Kompleks Islam Daerah Hulu Selangor.
Program turun padang selama sehari ini dimulakan dengan lawatan ke Kompleks Agama Islam Daerah Hulu Selangor yang melibatkan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor dan Unit Mal MAIS.
Antara pengisian dalam lawatan ialah perkongsian taklimat ringkas pentadbiran dan situasi semasa di PAID Hulu Selangor dan Maahad tahfiz yang terlibat.
Turut serta pada lawatan tersebut ialah Encik Mohd Nasoha bin Jaiman, Pengurus Bahagian Pengurusan PWS, Pegawai Tadbir Agama PAID Hulu Selangor, barisan pengurusan tertinggi MAIS dan barisan pengurusan tertinggi Kompleks Islam Daerah Hulu Selangor.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments