PWS TERUS GIAT SEBARLUASKAN DAKWAH WAKAF MELALUI TAZKIRAH DAN KHUTBAH JUMAAT

PWS TERUS GIAT SEBARLUASKAN DAKWAH WAKAF MELALUI TAZKIRAH DAN KHUTBAH JUMAAT

16 Mei 2025, Hulu Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat dalam memperkasakan dan sebarluaskan wakaf melalui Tazkirah dan Khutbah Jumaat di Surau Al-Yaqeen Pangsapuri PKNS, Seri Kembangan.

Tazkirah Jumaat bertajuk “Satu Wakaf, Sejuta Manfaat” dan khutbah bertajuk “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan” telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif, Unit Kutipan dan Agihan PWS.

PWS terus giat untuk menyebarluaskan kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah, kehebatan dan keindahan berwakaf itu sendiri. Selain itu, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada jemaah dan ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#mudahnyaberwakaf

#satuwakafsejutamanfaat

No Comments

Post A Comment