16 Mei 2025, Gombak – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyantuni hamba Allah yang sudi mewakafkan hartanya bejumlah RM 20,000.00 di kediamannya di Rawang.
Hamba Allah ini telah menunaikan hajat ibunda yang tercinta untuk mewakafkan hartanya berbentuk wang tunai dan disambut mesra oleh Ustaz Muhamad Khairul Ashraff bin Muhamad Nizam, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS.
Semoga Ibadah wakaf yang dilaksanakan menjadikan jariah pahala yang berpanjangan sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments