31 Mei 2025, Kuala Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan wakaf bernilai RM 63,423.00 kepada Masjid Puncak Alam.
Sumbangan tersebut merangkumi daripada agihan tabung wakaf dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Masjid, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan balik kepada Masjid untuk baik pulih penyaman udara ruang solat.
Serahan cek cura telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Imam Masjid berkenaan.
Turut diadakan Kuliah Subuh khas yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan Dan Agihan PWS di masjid tersebut bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf, PWS juga turut membuka kaunter wakaf tunai untuk memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments