20 Jun 2025, Petaling Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 50,000 ke Surau Al-Hidayah, Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor Bukit Jelutong.
Serahan cek cura telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh Yang Setia Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Bomba Negeri Selangor.
Selain itu, YBrs Tuan Haji Anuar juga turut menyampaikan Bicara Wakaf bertajuk “Biarpun Nafas Terhenti, Pahala Tetap Mengalir” kepada barisan hadapan pegawai Bomba Negeri Selangor sempena perhimpunan bulanan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor di Dewan Bakawali Balai Bomba Bukit Jelutong.
Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada pegawai bomba melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga sumbangan ini akan memberi manfaat kepada warga Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#indahnyaberwakaf
#andawakafkamiagih
#terimakasihPEWAKAF
#bombanegeriselangor
#satuwakafsejutamanfaat
No Comments