20 Jun 2025, Kuala Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bersama mengiringi Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin dalam Program Turun Padang untuk mengadakan lawatan ke Masjid Puncak Alam.
Program ini merupakan rangka lawatan dan turun padang Pengerusi MAIS ke institusi Masjid-masjid dan surau-surau di Negeri Selangor dalam mengenalpasti isu-isu hal ehwal agama di negeri Selangor.
Selain itu, PWS juga turut menyerahkan Sijil Penghargaan kepada YBhg Tan Sri Rozali bin Ismail yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Masjid Puncak Alam kerana telah mewakafkan hartanah wakaf untuk pembinaan Masjid Puncak Alam tersebut.
Turut hadir dalam lawatan ini adalah YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor,Tuan Haji Shah Ruddin Abd Hamid, Pengarah Ekonomi; barisan pengurusan MAIS, PAID Daerah Kuala Selangor, Lembaga Zakat Selangor, masjid dan surau yang terlibat.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments