24 Jun 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menganjurkan Program Ziarah Mahabbah bertempat di kediaman salah seorang pewakaf hartanah di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam. Program ini merupakan salah satu inisiatif PWS untuk menyantuni dan menghargai jasa serta keikhlasan para pewakaf yang terus istiqamah melaksanakan ibadah wakaf bersama PWS.
Delegasi PWS seramai empat orang telah diketuai oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh pewakaf sekeluarga. Kunjungan ini bertujuan mengeratkan silaturrahim antara PWS dan pewakaf di samping menyampaikan penghargaan secara langsung atas sumbangan wakaf hartanah yang telah diberikan.
Turut serta pada kunjungan tersebut ialah Puan Syazwarina binti Razali, Eksekutif Bahagian Projek PWS, Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif Unit Korporat, Media dan Promosi PWS.
Semoga ibadah wakaf yang dilaksanakan oleh para pewakaf menjadi amal jariah yang berpanjangan serta memberi manfaat berterusan kepada umat Islam, dunia dan akhirat.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments