“TERUSKAN BERWAKAF” SEKOLAH MENGAH KEBANGSAAAN ENGKU HUSAIN MENERIMA MANFAAT WAKAF RM 20,000.00

“TERUSKAN BERWAKAF” SEKOLAH MENGAH KEBANGSAAAN ENGKU HUSAIN MENERIMA MANFAAT WAKAF RM 20,000.00

3 Julai 2025, Hulu Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 20 Ribu kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih.

Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh YBhg. Dr. Fairose binti Shamsudin, GPK Pentadbiran serta disaksikan oleh guru-guru di sekolah berkenaan.

sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk menaik taraf peralatan dan pusat sumber sekolah.

Encik Muhammad Hafiz juga telah menyampaikan taklimat wakaf kepada guru-guru bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf.

Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada guru-guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai

#wakafselangor
#wakafmembangunkanummah
#wakaftunai
#andawakafkamiagih
#satuwakafsejutamanfaat
#smkengkuhusain

No Comments

Post A Comment