PWS MENGADAKAN FORUM BICARA WAKAF “BIARPUN NAFAS TERHENTI , JARIAH TETAP MENGALIR “ SERTA MENYERAHKAN SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH RM 50,000.00

PWS MENGADAKAN FORUM BICARA WAKAF “BIARPUN NAFAS TERHENTI , JARIAH TETAP MENGALIR “ SERTA MENYERAHKAN SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH RM 50,000.00

5 Julai 2025, Petaling Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Program Bicara Wakaf “Biarpun Nafas Terhenti, Jariah Tetap Mengalir” di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh (MBBSB) anjuran bersama PWS dan MBBSB.

Forum tersebut dipanelkan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan AF Ustaz Muhammad Faaez Khasem, Pengurus MBBSB serta dimoderatorkan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif, Unit Kutipan dan Agihan PWS.

Selain itu, PWS turut menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 50 Ribu kepada MBBSB untuk tujuan pembinaan ruang limpah dan ruang solat tambahan di masjid tersebut yang sampaikan oleh YBrs Tuan Haji Anuar sendiri dan disambut mesra oleh AF Ustaz Muhammad Faaez.

Turut dibuka kaunter wakaf tunai untuk memberi peluang kepada jemaah dan ahli kariah yang hadir dalam melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga dengan adanya Forum Bicara Wakaf ini dan sumbangan yang diberikan dapat menyebarluaskan lagi kefahaman, fadhilat, kelebihan dan manfaat kepada masyarakat dalam melaksanakan ibadah wakaf serta menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf sehingga yaumulakhirah.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#andawakafkamiagih

#terimakasihPEWAKAF

#masjidbandarbarusungaibuloh

No Comments

Post A Comment