10 Julai 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) pada petang ini telah menerima lawatan kerja daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. Delegasi seramai lima orang ini telah disambut mesra oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
Lawatan ini adalah sebagai platform untuk membina kerjasama strategik dan memfasilitasi pertukaran maklumat terkini antara kedua-dua pihak. Khususnya, ia bertujuan memperkukuh dan memperluaskan inisiatif wakaf dengan pendekatan yang lebih berkesan dan mampan.
Semoga hubungan kerjasama ini terus kukuh dan berkembang pesat, demi manfaat berterusan kepada seluruh ummah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online untuk berwakaf tunai.
No Comments