14 Julai 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad melalui Sumbangan Wakaf Selangor Muamalat telah menyerahkan sumbangan PA Sistem dan Smart TV kepada Sekolah Kebangsaan Telok Gadong, Klang berjumlah RM 17,890.00
Majlis Penyerahan Sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS bersama YBrs Tuan Haji Zaharudin Alias, Ketua Jabatan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) serta disaksikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Yang Dipertua PIBG SK Telok Gadong dan disambut mesra oleh Puan Suhaila Binti Muner, Guru Besar sekolah berkenaan.
Semoga penyerahan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dan guru-guru di SK Telok Gadong tersebut.
Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:
No Comments