16 Julai 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkasakan dan menyantuni warga Muslimat dengan mengadakan Kuliah Dhuha bersama muslimat anjuran Masjid Al-Islah, Kampong Sementa.
Kuliah Dhuha Muslimat bertajuk “Fiqh Wakaf : Urus Harta Dunia” disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam melaksanakan Ibadah wakaf.
Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada muslimat dalam melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah wakaf emas, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments