“BIARPUN NAFAS TERHENTI,JARIAH TETAP MENGALIR” -Maahad Imtiyaz Integrasi Ilmuan Ulul Albab Terima Manfaat Wakaf RM 50,000-

“BIARPUN NAFAS TERHENTI,JARIAH TETAP MENGALIR” -Maahad Imtiyaz Integrasi Ilmuan Ulul Albab Terima Manfaat Wakaf RM 50,000-

17 Julai 2025, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 50 Ribu kepada Maahad Imtiyas Integrasi Ilmuan Ulul Albab, Banting untuk baik pulih dan naik taraf blok pentadbiran maahad.

Serahan cek cura sumbangan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh tenaga pengajar dan pendidik di maahad berkenaan.

Selain itu, Encik Muhammad Hafiz juga telah menyampaikan bicara wakaf bertajuk “Satu Wakaf, Sejuta Manfaat” kepada pendidik dan warga maahad bagi menyebarluaskan lagi dakwah, memberi kefahaman dan kesedaran serta hikmah, fadhilat berwakaf dan peranan PWS sebagai institusi wakaf di negeri Selangor.

Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada warga maahad melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada warga maahad dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakafmembangunkanummah

#wakaftunai

#andawakafkamiagih

#satuwakafsejutamanfaat

#maahadimtiyazbanting

No Comments

Post A Comment