19 Julai 2025, Kuala Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 40 Ribu kepada Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Bandar Baru Kuala Selangor.
Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif, Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Guru Penolong Kanan serta disaksikan oleh guru-guru dan Ibu Bapa sempena program anjuran PIBG di sekolah berkenaan.
Sumbangan sebanyak RM40 ribu tersebut adalah bertujuan untuk menambah ruang solat dan tempat wudhuk di surau sekolah.
Bicara wakaf juga turut diadakan di sini yang disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf dan peranan PWS sebagai institusi wakaf di negeri Selangor kepada guru-guru dan ibu bapa yang hadir bagi memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada warga SRAI Bandar Baru Kuala Selangor dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments