PWS DIHADIRI PEJUANG WAKAF EMAS

PWS DIHADIRI PEJUANG WAKAF EMAS

23 Julai 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah dihadiri seorang hamba Allah yang sudi mewakafkan barang kemas di pejabat dan disambut mesra oleh pegawai PWS.

Hamba Allah tersebut adalah merupakan pewakaf yang sentiasa istiqomah mewakafkan barang kemasnya di PWS dan diniatkan pahala wakaf tersebut untuk ahli keluarganya.

“Wakaf Emas” adalah salah satu produk PWS selain dari wakaf tunai dan wakaf hartanah, di mana pewakaf boleh berwakaf dengan aset yang disimpan seperti barang kemas, kepingan emas dan lain-lain.

Semoga Ibadah wakaf yang dilaksanakan menjadikan jariah pahala yang berpanjangan kepada pewakaf-pewakaf sehingga yaumulakhirah.

Ayuh laksanakan Wakaf Tunai dan Wakaf Emas anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunaijogja

#wakafemas

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#satuwakafsejutamanfaat

No Comments

Post A Comment