TERIMA KASIH WARGA PENDIDIK SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK GADONG -Andalah Pejuang Wakaf Demi Membangunkan Ummah-

TERIMA KASIH WARGA PENDIDIK SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK GADONG -Andalah Pejuang Wakaf Demi Membangunkan Ummah-

26 Julai 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyampaikan bicara wakaf di kepada warga pendidik Sekolah Kebangsaan Telok Gadong bertajuk “Biarpun Nafas Terhenti, Pahala Terus Mengalir”.

Bicara Wakaf tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS bertempat di The Alnia Banquet Hall, Klang.

PWS juga turut membuka kaunter wakaf tunai disini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS di negeri Selangor sebagai institusi wakaf dan memberi peluang untuk warga pendidik SK Telok Gadong melazimi ibadah wakaf melalui secara tunai terus (one-off), potongan gaji, direct debit dan QR code.

Semoga dengan program ini dapat memberi ruang dan peluang kepada warga pendidik SKTG dalam melaksanakan ibadah dan meningkatkan amalan sunnah nabi Muhammad S.A.W.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#satuwakafsejutamanfaat

#sktelokgadong

 
 
No Comments

Post A Comment