“ANDA WAKAF, KAMI AGIH” PWS TERUS SUMBANG WAKAF FISABILILLAH RM12,000.00 KE SEKOLAH AGAMA RAKYAT KAFA INTEGRASI IRSYADUL IBAD

“ANDA WAKAF, KAMI AGIH” PWS TERUS SUMBANG WAKAF FISABILILLAH RM12,000.00 KE SEKOLAH AGAMA RAKYAT KAFA INTEGRASI IRSYADUL IBAD

30 Julai 2025, Sabak Bernam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 12 Ribu SAR KAFA Integrasi Irsyadul Ibad, Tebuk Jawa.

Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Ketua Guru untuk pemasangan penyaman udara dan alatan bantuan mengajar di sekolah berkenaan.

Taklimat wakaf  juga turut diadakan di sini yang disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf da peranan PWS sebagai Institusi wakaf di negeri Selangor kepada guru-guru.

Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada guru-guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakafmembangunkanummah

#wakaftunai

#andawakafkamiagih

#terimakasihpewakaf

 

No Comments

Post A Comment