INDAHNYA BERWAKAF DI PERBADANAN WAKAF SELANGOR -Jariah Anda PWS Salurkan ke Surau Al-Ikhwan, USJ 14-

INDAHNYA BERWAKAF DI PERBADANAN WAKAF SELANGOR -Jariah Anda PWS Salurkan ke Surau Al-Ikhwan, USJ 14-

3 Ogos 2025, Subang Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 48 Ribu kepada Surau Al-Ikhwan, USJ 14.

Serahan cek cura tersebut telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus, Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Tuan Haji Badrul Hisyam bin Abd Aziz, Pengerusi Surau untuk tujuan pembinaan ruang solat tambahan dan ruang pelbagai guna di surau tersebut.

PWS  juga turut mengadakan kuliah maghrib khas yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamed Sharil, Pegawai dari Unit Kutipan dan Agihan PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf dan peranan PWS sebagai Institusi wakaf di negeri Selangor.

Turut memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah surau dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#andawakafkamiagih

#terimakasihPEWAKAF

#suraualikhwanusj14

No Comments

Post A Comment